Monty Python

Monty Python [mon-ti pai-ton] ialah sebuah kumpulan sketsa komedi dari United Kingdom. Ia dianggotai Graham Chapman, John Cleese, Terry Gilliam, Eric Idle, Terry Jones dan Michael Palin.Kumpulan ini dilihat sangat berpengaruh dalam komedi bahasa Inggeris dan diumpamakan sepertimana The Beatles mempengaruhi muzik popular.[1][2][3] Ia tidak sahaja mempengaruhi komedi di Britain tetapi juga di Amerika Syarikat, di mana rancangan dan filem kumpulan ini mendapat perhatian dan tayangan di sana sehingga diilham antara pelawak di sana.